Peperiksaan semakin hampir. Mood aku nak belajar kejap naik kejap turun macam roller coaster.
Tetapi sebagai pelajar matrikulasi dua tahun, aku kena 'ajar' diri aku
untuk lebih fokus dan berdisiplin. Masa 'lebih' yang aku habiskan di
KMNS haruslah berbaloi. Aku nak pada bulan September 2018, berebut-rebut
universiti awam offer course pilihan pertama kepada aku. 😀
Check it out!
Mesti korang tertanya-tanyakan macam mana aku skor dekat matrik ni kan?
First of all, aku minta restu mak ayah aku. Selalu je aku tepon diorang bagitahu macam mana aku belajar kat sini dan yang paling penting setiap kali ada kuiz mesti aku tepon diorang minta doakan supaya aku dipermudahkan untuk menjawab soalan kuiz.
Second, aku fokus dalam kelas, tapi kadang-kadang tu tak fokus jugak..hehe.. biaselah seorang student kan ada lah tu sikit-sikit main kan..jangan kau main pulak dalam kelas tau. ' Muhammad Ali pernah berkata : yang membuatku terus berkembang adalah tujuan-tujuan hidupku.'
Third, jaga hati cikgu. kau kena ambik hati cikgu. jangan bagi dia terasa dengan kita, kalau sekali dia terasa dengan kita dan tak maafkan susah untuk kita menerima ilmu dari dia. Cikgu ni kan ibarat ibu kita jugak. jagalah perasaan cikgu macam kau jaga perasaan mak kau ok.
Forth, sebagai student aku faham banyak halangan nak study, nak buat tutorial dan assignment lagi. oleh itu, kau belajarlah sambil buat kerja tu semua. kau fahamkan apa yang kau tulis dan hafal. kau jangan buat kerja last minutes nanti semuanya jadi kelam kabut and then kerja kau jadi tak berkualiti.
Last dari aku, jaga hubungan kau dengan Allah swt. minta dan mohon padanya apa yang kau nak. kau mesti cukupkan solat kau, kalau boleh solatlah diawal waktu in shaa Allah lagi berkat. mengaji lepas solat subuh dan selepas solat maghrib. selepas solat maghrib ni kau baca surah ar-Rahman, sebab surah ni permudahkan kita untuk belajar. in shaa Allah.
Nak berjaya kena ada DUIT kan?
D - Doa
U - Usaha
I - Istiqamah
T - Tawakkal
Sedikit kata-kata motivasi dari aku, orang sukses selalunya belajar dan mencuba. 'orang sukses akan mengambil keuntungan dari kesalahan dan mencuba lagi dengan cara yang berbeza.' (Dale Carnegie)
Semoga bermanfaat..😊
No comments:
Post a Comment